tahniahMISI06

Sunday, August 06, 2006

salam kepada MISI Sun, 6 Aug 2006

Assalammualaikum

kepada warga MISI 06, semoga istiqamah di dalam arena dakwah di lokaliti masing2. bagaimana perkabaran di tempat masing2 ya? mudah2an ada sedikit perkembangan dan harap dikongsikan bersama. mungkin ada perkembangan yang baik disana?? insyaAllah moga boleh dikongsikan.

salam

Brother Syamil

Wednesday, July 12, 2006

Coretan Penghargaan Penghulu MISI 2006

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Syukur pada yang Esa, Allah Rabbul Jalil, kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita merasai nikmat Islam dan Iman. Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wa sallam, kita jadikan beliau contoh tauladan hidup.

Selesai sudah penjelahan, pengembaraan, penerokaan di alam MISI ’06 atau Mukhayyam Intensif Siswa-Siswi Islah di Desa Saujana, Bangi untuk tempoh hampir sebulan bermula 3 Jun hingga 30 Jun 2006. Seramai 15 ikhwah dan 35 akhwat datang dari seluruh Malaysia berjaya mendapatkan ijazah mereka di MISI. Kesungguhan yang ditunjukkan bukanlah semata mengharapkan sijil ataupun graduasi dari MISI bahkan meresap di dalam sanubari peserta semangat yang berkobar-kobar untuk meneruskan agenda ummah yang seharusnya dipikul bersama penggerak perubahan yang lain.

Tenaga pengajar dan penyampai risalah dan modul pula terdiri daripada pelbagai latarbelakang profesion. Terima kasih diucapkan kepada mereka sekalian yang bermu’ayasyah bersama peserta MISI di samping menyampaikan ilmu bermanfaat. Komitmen mereka mengajar peserta memahami asas dalam membina kehidupan sebagai seorang khalifah juga seorang penggerak arus perubahan ummah di masa akan datang.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua peserta dan tenaga pengajar yang sama-sama menjayakan misi agung ummah ini walau dalam keadaan kesempitan masa dan ruang yang ada. Sesungguhnya kami peserta MISI ’06 amat bertuah kerana sempat menerima tarbiyah MISI. Seterusnya akan disusuli tugas-tugas besar bagi kami di lapangan umum sana. Moga kita semua dirahmati dan sentiasa di dalam keredhaan Allah Subhanahu wa Taala.

Sekian, wassalam.

Salam dari MISI 2006.

Mohammad Fauzan Md Ibrahim
Penghulu MISI 2006
Desa Saujana, Sungai Merab Dalam, kajang Selangor Darul Ehsan.
3-30 Jun 2006

Tuesday, July 04, 2006

kesan yang mendalam di hati saya...

Berakhirnya MISI 2006 memberi kesan yang mendalam di dalam hati saya. Berkampung di Desa Saujana selama seminggu membuahkan hasil yang cukup ranum untuk saya kongsikan bersama umat Islam di seluruh dunia. Sekalung penghargaan buat pihak penganjur dan juga para mentor yang bertungkus lumus, berusaha sedaya upaya untuk memastikan kami dapat menghadam setiap butir ilmu yang disampaikan. Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa kalian! Teruskan perjuangan untuk mendidik pejuang-pejuang muda...

Kepada para ikhwah yang menjadi ‘adik–beradik’ saya selama seminggu;
:: Ridzal :: Salahuddin :: Zubair :: Qayyim :: Fauzan :: Yusuf :: Safwan :: Fatihee :: Safwan Ruslan :: Fadhli :: Helmi :: Firdaus :: Ariffin :: Faisal :: Ridzwan ::
Ribuan terima kasih di atas keakraban yang dihulurkan! Walaupun baru seminggu saya bersama kalian, ukhuwwah yang terjalin tak akan terpadam selamanya, percayalah! Saya tak akan lupakan kenangan bersama kalian! Perjalanan dakwah kita baru bermula, dan corakkanlah jalan yang terbentang dengan warna-warni nilai Islam yang hakiki. Kita semua dipikulkan tanggungjawab yang begitu berat, sebagai mujahid muda untuk memastikan Islam kembali mekar!

Kepada para akhawat MISI 2006, jambangan syukran dihulurkan! Ingatlah, tangan yang lembut menghayun buaian, itulah tangan yang bisa menggoncang dunia. Jangan sia-siakan pengiktirafan sebagai perhiasan dunia yang ditabalkan oleh baginda Rasulullah SWT di dalam hadithnya;
"Dunia adalah perhiasan dan seindah perhiasan adalah wanita solehah." (Hadith riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan An-Nasa'i)

MISI 2006 telah berakhir, namun misi kita untuk menegakkan kalimah Allah SWT tidak akan terpadam, sehinggalah ke titisan darah yang terakhir...

Allahu Ta'ala a'lam...

Alhamdulillah & tahniah MISI 06

Assalamualaikm
ikhwah dan akhawat, moga dalam keimanan yang tinggi

Alhamdulillah dan Tahniah MISI 06

SHAMDI juga dalam MISI 06 dan bukannya tidak secara langsung malah telah memberi kesan sehingga dalam resolusi MISI 06 memasukkan berpegang kepada HAK ASASI MENURUT ISLAM.

Ramai lagi yang telah memberikan sumbangan dan sokongan dalam menjayakan MISI 06. Dengan izin Allah kejayaannya lahir dari kesungguhan yang tinggi dan kerjasama yang cemerlang dari berbagai pihak. JAZAKUMULLAH KHAIRAN

Bagi perintis MISI yang telah menunjukkan pengorbanan yang tinggi untuk keluar dari comfort zone kepada bermuayasyah dalam pentarbiyahan dan amal pastinya menjadi pengalaman yang indah dalam membangunkan keimanan dan keupayaan SPESIS untuk menghadapi perjuangan membawa misi FIDAK dan mendokong Projek TeAM-I. Moga Alla memberikan kekuatan, thabat dan istiqamah kepada antum dalam perjuangan wawasan Syariah 2020.

Jazakumullah khairan kathira kepada KONTARN 06 Melaka yang akan memberi laluan perkongsian kepada MISI 06. Moga MISI 06 akan dapat memberikan sesuatu yang terbaik.

Moga Allah berkati

Allahu akbar wa lillahilhamd.

tahniah & syabas!!

Salam,
Tahniah dan syabas kepada semua perantis, tenaga pengajar dan penganjur. Menarik jika diketahui apa pula pandangan perantis.

Oh ya...kenapa tidak dimasukkan SHAMDI '06 sebagai salah satu program yang telah disertai oleh perantis sepenuhnya, sebagai sebahagian daripada aktiviti yang telah dijadualkan?? Saya dimaklumkan 44 orang daripada perantis telah hadiri SHAMDI '06 - 30 daripadanya ditaja oleh SHAMDI! Barisan penceramah SHAMDI '06 bukan calang-calang orang.

Saya amat berharap perantis mendapat ilmu, pencerahan dan keyakinan baru untuk turut mendalami skop hak asasi manusia khususnya dari konteks Islam. Malah tambah berminat untuk mencadangkan silibus tarbiyah atau mengambil kelas-kelas berkaitannya di IPT.

Saya berpendapat semangat perjuangan yang kental dengan jiwa yang besar dan sikap kepedulian yang tinggi dapat dibangunkan dalam diri setiap perantis atau setiap anak muda kita apabila mereka mengetahui kaitannya hak asasi dengan tuntutan syarak. Dan apabila mereka menyedari sabda Nabi dalam khutbah hajjatul wida'. Begitu juga apabila mereka terdedah dengan pengorbanan yang ditunjukkan oleh imam-imam besar seperti Hanafi, Hambali, Maliki dan Syafi'i dalam menegakkan hak dan kebenaran.

Selalunya penafian hak berlaku kepada golongan marhaen, golongan tertindas dan minoriti. Kerana suara mereka kecil atau rendah atau selalu disangka buruk, maka hak mereka sering diketepikan. Inilah dia rakyat biasa dan siapalah kita, pejuang Islam dan gerakan Islam yang mementingkan keadilan, kebenaran dan pengislahan jika kita tidak sama-sama mengambilkira suara-suara rakyat ini. Allah dan Rasul membawa rahmat kepada sekelian alam.

Syed Ibrahim Alhabshi
Timbalan Presiden

harap ia jadi program tahunan

Pada masa hadapan, saya mengharapkan ia akan menjadi program tahunan bagi JK TPSM insyaAlah. Sebagai seorang mahasiswa yang diberi nikmat ini mengharapkan ia bakal menjadi kenyataan, berkat usaha dan kegigihan pakcik2 dan makcik2 JIM serta AJK Penganjur.
--peserta

PERKASA perlu diteruskan!!


aktiviti lasak seperti PERKASA perlu diteruskan kerana merupakan salah satu aktiviti yang meninggalkan kesan memori

-peserta

Berakhirnya MISI'06; Tahniah pada Para Perantis

Assalamualaikum wbt,

Ikhwah & Akhawat netters sekelian,

Alhamdulillah, setelah hampir sebulan berkampung
di Desa Saujana, Sungai Merab Dalam,
Kajang, Selangor Darul Ehsan,
MISI 2006 yang julung-julung kali diadakan akan menemui penghujungnya
pada malam ini, tanggal 30 Jun 2006.

Pihak JK Penganjur MISI 2006 dengan ini ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
Semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan MISI 2006,
terutamanya kepada barisan tenaga pengajar MISI 2006 yang telah bermurah hati melapangkan masa, berkongsi ilmu dan pengalaman dengan para perantis MISI 2006, antaranya:

Hj. Zaid Kamaruddin
Dr. Harlina Halizah Siraj
Hj. Saari Sungip
Ustadz Dr. Samsuri Sharif
Hj. Nahar Mohd Nor
Ustazah Hjh. Marhamah
Ir. Hjh. Endok Sempo Mohd Tahir
Suhaimi Mohd Daud
Ustazah Maznah
Dr. Hafidzi Mohd Noor
Dr. Hishamuddin Alham
Ustadz Alias Othman
Ustadz Kamarul Salam
Ustazah Arpah
Roshasni Marjumat
Ahmad Khairy Ahmad Domil
Muhammad Nicholas Sylvester
Danial Hakim Boey
Muhammad Fitri Abdullah
Amran Ambarasu
Jamil Hamzah
Dr. Rizal
Wan Fatimah
Noor Habibah Rosli
Ammar Mohd Zain
Mohd Kamal Izham
Mohd Safwan Saparuddin


Para Perantis juga telah berjaya melaksanakan Projek-projek utama mereka sepanjang MISI 2006:
Projek KASIH UMMAH: Solidariti Palestin: Kempen kesedaran kepada masyarakat di Masjid Desa Putra, Sg Merab Dalam tentang isu Palestin. Alhamdulillah Wakil Perantis MISI 2006, Akh Mohd Syamil Mohd Yusoff telah diberi peluang menyampaikan khutbah Jumaat dimasjid tersebut berkenaan isu Palestin.
Projek KHIDMAT MASYARAKAT: Program sehari menyantuni masyarakat Desa Saujana, bergotong royong sambil bermuayasyah mengenali hati budi masyarakat sekeliling.
KONSIS 2006: Para Perantis telah menyertai sepenuhnya KONSIS sebagai sebahagian daripada aktiviti berjadual MISI, mereka telah berkesempatan meneemui ikhwah& akhawat mahasiswa berbagai wadah dari seluruh negara.
SHAMDI: seminar hak asasi manusia dalam islam yang sangat berguna kepada semua perantis MISI dalam usaha. mereka juga didedahkan dengan erti hak asasi manusia dalam islam dan perbandingannya dengan hak asasi tajaan barat beserta dengan deklarasi-deklarasi hak asasi serta pandangan2 pakar berkenaan isu hak asasi terkini yang sangat dekat dengan umat Islam.
PERKASA MISI 2006: Para Perantis telah diuji keberanian, ketahanan minda dan kelasakan fizikal mereka dalam PERKASA MISI 2006 selama sehari suntuk trekking ke Air terjun Perlus di Hulu Langat.

Berikut dimaklumkan senarai perantis telah berjaya menamatkan latihan dalam MISI 2006 dan akan menerima Sijil Graduasi dalam Majlis Konvokesyen MISI 2006 pada malam ini, 30 Jun 2006 di Kompleks Balairaya Desa Saujana.


Senarai Penerima Sijil Graduasi MISI 2006
Abdul Majeed b. Zulkifli
Mohd Safwan b. Ruslan
Mohd Ridzal b. Mahiddin
Mohammad Fauzan b. Md Ibrahim
Rose Jazimah bt. Abdul Jalil
Ruhaiza bt. Musanip
Salhalida bt. Abdul Kudus
Hazidah bt. Md Taha
Maryam bt. Aizuddin
Siti Fatimah bt. Seman
Noorazalia bt. Mat Diah
Nur Salisa bt. Ali
Nurul Asmaa' bt. Ismail
Aishah bt. Mohd Nor
Husna bt. Ahmad Ainuddin
Asiyah Hasanah bt. Aizuddin
Nurnazihah bt. Muhammad Nassir
Wan Fatimah bt. Wan Zulkipli
Ramziah bt. Senam
Khatijah bt. Ahmad

Senarai Penerima Sijil Penyertaan MISI 2006
Masrul Arifin b. Mohd Nazir
Helmi b. Ngadiman
Muhammad Hussaini b. Khairudin
Muhammad Firdaus b. Bahar
Mohd Zulhelmy b. Rahmat
Mohamad Ridzuan b. Baseri
Mohd Fatihee b. Mohd Sanasi
Muhammad Khalifa b. Hasnol Basri
Mohd Safwan Saparudin
Mohd Faisal b. Mustafa
Muhd Helmi b. Kasman
Salahuddin b. Abd Jaafar
Auzan Hasanuddin b. Sazali
Yusof b. Johari
Mohd Qayyim b. Hafidzi
Mohd Dhany Mohamad Sarip
Ahmad Fadhli b. Mohd Faudzi
Hamnah bt. Jusri
Nurul Huda bt. Abdul Kadir
Marnie bt. Zakaria
Nazirah bt. Mohd Noh
Norhazwanie bt. Burhanuddin
Nurhafizah bt. Abd Ghani
Aishah bt. Md Din
Wan Maryam bt. Wan Zulkipli
Manihah bt. Alias
Nur Lina bt. Yusof
Siti Aishah bt. Shariff
Khadijah bt. Azman
Noor Atiqah bt. Maseroo
Mashita bt. Abdul Razak
Nur Suhaili bt. Mohd Sidek

Monday, July 03, 2006

ALL THE BEST!!

Salam,

Nampak seronoknya korang. Maaf tak berkesempatan lagi nak ziarah. Lagipun tak tahu waktu bila dibenarkan untuk ziarah, jadual korang kan penuh? Anyway, boleh emel akak kalau ada keperluan atau bantuan diperlukan. All the best! Moga program ini melahirkan generasi dai'eyah yang lebih dinamik dan proaktif inshaallah..

Kirim salam pd semua,
-Kak Nida-
P/S Mariam Aziz baru bersalin pagi tadi dlm pukul 10am.

nusaibah246@yahoo.com
13 jun 06

Sunday, July 02, 2006

catatan dr hishamuddin alham

Assalamualaikum wrt
Alhamdulillah sempat bersama lebih kurang 40 orangpelajar di Bangi pada hari Jumaat petang 23 Jun 2006 yang lepas.Oleh kerana kesuntukan masa - program yang berbentuklatihan skill penggunaan bahan Multimedia - menjadiprogram Pendedahan Latihan Penggunaan BahanMultimedia. Walaupun program berjalan selama hampir 3jam - mereka cukup berminat dan memberikan tumpuansepenuhnya pada pengisian yang disampaikan.
Ana telah menunjukkan beberapa contoh ceramah tetapimemberi 90% ceramah Impian Kasih antara Fantasi danRealiti - kerana ini versi terbaru yang ana telahsiapkan dan kerana ana terpaksa membuat penyampaiannyapada keesokan hari di Muar bersama Dr. Harlina.Wassalam

Dr Hishamuddin Alham

salam untuk semua

minta maaf, kami tak dapat hadir malam graduasi peserta MISI malam esok. salam kami kepada semua. jemput semua datang rumah bila ada kelapangan nanti.

pakcik nahar & ustazah marhamah
29 jun 06
20:44

tahniah!!

Tahniah kerana dapat tamatkan MISI!!

lecturer MISI06

teruskan usaha!

To all AJK MISI, melalui perbualan dengan adik2 MISI (UKM) mereka gembira dengan program. Alhamdulillah. antara komen: "banyak belajar benda baru, walaupun penat, ukhuwah semakin rapat". Ana ucapkan tahniah pada TeAM-I. teruskan usaha!

Along 11/6

TAHNIAH dan SYABAS!!!

Salam,

Di kesempatan ini ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada JK IPT Pusat, JK IPT JIMKL, JK IPT JIM Selangor dan Urusetia MISI 06 kerana dapat menyempurnakan Mukhayam Intensif Siswa Siswi Islah 2006 dengan jayanya.

Program yg dilangsungkan di Desa Saujana, Sg Merab Luar mendapat kerjasama baik dari pihak Persatuan Penduduk Desa Saujana dan Jkuasa Surau Desa Saujana.

Ana berkesempatan untuk menyampaikan sijil-sijil di hari konvo pada 30hb Jun 2006.... cukup teruja dan diyakinkan akan masa depan JIM ini akan dibarisi dengan pemimpin-pemimpin yang berwibawa, karismatik dan kompeten.

Moga mereka ini terus dibimbing di IPT masing-masing dan dilibatkan untuk memimpin dan merancang.

Tahniah sekali lagi.

hasni
hasni.streamyx Mon, 03 Jul 2006